Mengenai Kami

Skim Pembiayaan Pajak Gadai Islam - AR RAHNU TEKUN


Sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin mentransformasikan ekonomi Bumiputra dan VISI TEKUN Nasional untuk membangun SEBAGAI INSTITUSI PENERAJU PEMBIAYAAN MIKRO YANG UNGGUL & BERDAYA MAJU. TEKUN Nasional telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan perkhidmatan pembiayaan baru iaitu AR RAHNU TEKUN bagi sumber pendapatan tambahan didalam revolusi pembiayaan mikro melalui Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB). 

Objektif perlaksanaan projek ini adalah untuk memudahkan usahawan mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan efektif melalui sistem cagaran emas. Pembiayaan ini mengetengahkan elemen pembiayaan mikro pajak gadai Islam patuh syariah dan merupakan satu lonjakan paradigma didalam menginovasikan struktur pembiayaan TEKUN Nasional yang sedia ada dan ianya berisiko rendah. Skim ini juga  merupakan salah satu usaha TEKUN Nasional menangani kekangan usahawan-usahawan yang masih berhadapan dengan masalah kekurangan modal walaupun  setelah mendapat pembiayaan dari TEKUN Nasional dan perkhidmatan ini terbuka kepada semua golongan masyarakat.

Pendekatan ini juga menghapuskan unsur riba dalam urusan pembiayaan dan dapat memenuhi keperluan peribadi, perniagaan, membiayai kos hospitalisasi atau membiayai kos pendidikan selain memperkasakan pendapatan isi rumah. Kajian impak dan keberkesanan didalam pembiayaan ini bertujuan untuk membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh Pajak Gadai Konvensional. Perkhidmatan pembiayaan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat boleh digunakan sebagai modal perniagaan dan lain-lain aktiviti yang produktif seterusnya dapat membangunkan sosio ekonomi ummah selaras dengan penubuhan TEKUN Nasional.



Berita dan Maklumat

Pada 7 Disember 2015 pula, AR RAHNU TEKUN Cawangan Shah Alam ( Projek Perintis ) telah dirasmikan dan mula beroperasi dengan memberi perkhidmatan pembiayaan melalui gadaian emas kepada orang ramai. AR RAHNU TEKUN ini menawarkan perkhidmatan pembiayaan melalui dua skim iaitu AR RAHNU 4U dan AR RAHNU Mikro Biz dengan upah simpan serendah RM0.50* bagi setiap RM100.00 nilai marhun. 

Pembiayaan gadaian pula ditawarkan adalah sehingga RM100,000.00* dengan margin pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilai marhun. Selain itu perkidmatan mencuci barang kemas juga disediakan dengan upah serendah RM3.00 bagi setiap barang kemas yang dicuci dan juga perkhidmatan menyimpan barangan emas turut ditawarkan dengan ujrah RM0.60 bagi setiap RM100.00 nilai marhun. AR RAHNU TEKUN juga akan memberikan perkhidmatan sokongan seperti “Perkhidmatan Rundingan bagi Institusi yang berminat untuk mempelopori bidang perniagaan AR RAHNU”.

Testimoni

"Perkhidmatan yang memenuhi kehendak syariah, lebih mesra dan telus. Ianya sesuai untuk semua golongan masyarakat".

Puan Nur Atikah - Shah Alam