SOALAN
LAZIM
F A Q
Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?
- Al Qardh digunapakai dalam pembiayaan gadaian kepada pelanggan AR RAHNU TEKUN.
- Al Rahn dimana pelanggan mencagarkan barangan kemas / barangan emas kepada AR RAHNU TEKUN untuk tujuan cagaran bagi pinjaman melalui gadaian.
- Al Wadiah Yad Dhamanah upah penyimpanan dikenakan ke atas pelanggan untuk memastikan barang gadaian dalam keadaan baik dan selamat ketika AR RAHNU TEKUN menyimpan Emas.
- Fi adalah bayaran bagi proses selain dari upah penyimpanan.
- Ujrah Upah bagi menyimpan emas yang dikenakan kepada pelanggan mengikut nilainya dan tempoh simpanan.
Apakah perkhidmatan yang boleh saya perolehi
daripada produk ini?
- Pembiayaan gadaian barang kemas / barangan emas
- 4U
- AR RAHNU BIZ
- Perkhidmatan penyimpanan barang kemas / barangan emas
- Perkhidmatan cucian barang kemas
Apakah yang boleh saya
perolehi daripada produk ini?
melalui AR RAHNU TEKUN pelanggan akan melalui satu
pengalaman penggadaian yang sangat mudah, cepat dan
selesa dengan hanya mencagar barangan emas / barangan
kemas.
Apakah kewajipan yang
perlu saya laksanakan sekiranya saya mengambil produk
ini?
Anda perlu membayar balik jumlah pembiayaan dan ujrah
penyimpanan bulanan barang emas yang dicagar. Ujrah
tersebut perlu dibayar pada tarikh tamat tempoh kontrak,
penebusan atau lanjutan tempoh AR RAHNU TEKUN (yang mana
berkaitan).
Apakah fi dan upah
gadaian yang perlu saya bayar?
- Fi bagi bayaran bagi lain-lain perkhidmatan yang diminta oleh pelanggan ; dan
- Upah simpan ( Ujrah ) bagi barang gadaian RM0.50* setiap RM100.00 nilai marhun
Bagaimana jika saya
gagal memenuhi kewajipan-kewajipan saya?
Sekiranya anda gagal membayar jumlah terhutang pada
akhir tempoh, pihak AR RAHNU TEKUN mempunyai hak untuk
menjual barang kemas / barang emas bagi melangsaikan
jumlah pinjaman dan apa-apa kos lain yang berkaitan
penyimpanan barang kemas / barang emas yang dikenakan.
Wang lebihan selepas potongan hutang, upah simpan
tertunggak, fi lelong dan lain-lain kos berkaitan (jika
ada) akan dibayar kepada pelanggan.
Apakah upah penyimpanan
yang dikenakan bagi penebusan awal?
Tempoh minimum gadaian adalah 15 hari. Jika penggadai
menggadai kurang daripada 15 hari, upah simpan akan
tetap mengambilkira tempoh minimum 15 hari.
Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman?
Pembayaran balik pinjaman boleh dibuat secara ansuran
atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang (6
bulan).
Bagaimanakah saya akan
menerima pinjaman / wang hasil dari gadaian?
·
Pinjaman dari hasil gadaian akan dibayar secara tunai di
kaunter AR RAHNU TEKUN.
·
Tuan/Puan perlu menyimpan resit gadaian bagi kegunaan
tebusan dan bayaran balik pinjaman.
Berapa lamakah tempoh
pinjaman barang yang digadai?
Tempoh adalah 6 bulan + 6 bulan bergantung kepada
penyelesaian upah simpan yang terdahulu.
Berapa had pinjaman bagi
seorang pelanggan?
· Margin
sehingga 80%* daripada nilai marhun
· Jumlah
minima pembiayaan gadaian dari RM100.00
· Jumlah
pembiayaan gadaian maksimum untuk seorang individu
adalah sehingga RM100,000.00*
Adakah tambahan pinjaman
boleh dilakukan?
Boleh, jika nilai gadaian tidak melebihi nilai maksimum
yang dibenarkan iaitu RM100,000.00
Apakah yang perlu
dilakukan sekiranya Surat Akuan Gadaian (SAG)
pelanggan hilang?
- Aduan perlu dibuat segera oleh penggadai (wakil dibenarkan dengan surat akuan) di cawangan AR RAHNU TEKUN.
- Penggadai dikehendaki mengisi Borang Aduan Surat Gadaian Hilang.
- Pelanggan perlu datang semula ke cawangan AR RAHNU TEKUN bersama dokumen di atas bagi mendapatkan salinan Surat Akuan Gadaian*.
- Fi sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap salinan SAG yang dikeluarkan.
Apakah yang berlaku
sekiranya penggadai tidak menebus barang gadaian
selepas 12 bulan?
- Pihak AR RAHNU TEKUN akan mengeluarkan NOTIS makluman kepada pelanggan terlebih dahulu.
- Barang gadaian akan dilelong sekiranya tiada sebarang bayaran upah simpan dan pinjaman dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak AR RAHNU TEKUN
Jika barangan yang
ditender / dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan
boleh menuntut baki tersebut?
Ya. baki wang dari lelongan akan dipulangkan kepada
pelanggan dengan membuat bayaran secara tunai dan cek
kepada pelanggan setelah ditolak kos yang terlibat
(dimaklumkan melalui surat / sms).
Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan
lanjut?
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung
perkhidmatan AR RAHNU TEKUN dengan menghubungi cawangan
AR RAHNU TEKUN yang berdekatan atau menghubungi
JABATAN PRODUK AR
RAHNU TEKUN Nasional :
No Telefon : 03 - 9059
8888
Emel : arrahnu@tekun.gov.my
Laman Sesawang AR RAHNU TEKUN :
www.arrahnutekun.com.my
Berapakah nilai minima
gadaian?
Nilai minima gadaian adalah RM100.00 dari nilai emas.
Berapa kadar upah simpan
yang diambil?
Serendah RM0.50* bagi setiap RM100 nilai marhun
Cara pembayaran balik pinjaman.
- Tebus penuh ( Bayaran ujrah (upah) dan bayaran baki pembiayaan dalam masa tempoh pembiayaan enam bulan )
- Tebus sebahagian ( bayaran secara ansuran sehingga cukup tempoh enam bulan )
Berapa lama tempoh
pegangan barang yang digadai?
Tempoh matang bagi pembayaran upah adalah enam bulan
(6). Jika pelanggan ingin melanjutkan tempoh gadaian
selama enam bulan (6) berikutnya, pelanggan perlu
membayar kadar upah bagi tempoh gadaian enam bulan (6)
sebelumnya terlebih dahulu.
Berapakah kadar pegangan nilaian emas ( sandaran untuk
gadaian )?
Kadar pegangan nilai emas adalah mengikut nilai pasaran
emas semasa.
Apakah yang perlu
dilakukan sekiranya surat gadaian pelanggan hilang?
- Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) kepada cawangan AR RAHNU TEKUN di mana gadaian dibuat.
- Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah.
- Pelanggan perlu datang semula ke cawangan AR RAHNU TEKUN bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.
Berapa lamakah tempoh
untuk mendapatkan salinan surat gadaian?
Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.2 (i, ii
dan iii) lengkap diperolehi.
Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil ( selain
dari penggadai asal )?
Ya, penebusan boleh dibuat dengan membawa:
- · Surat Gadaian Asal
- · Kad Pengenalan Diri Wakil (asal)
- · Surat Kebenaran daripada Penggadai
- · Salinan Kad Pengenalan Diri Penggadai.
- · Wakil mestilah warganegara Malaysia.( Penggadai akan dihubungi untuk pengesahan ).
Bolehkah barang yang
digadai ( kuantiti yang lebih daripada satu ) ditebus
sebahagian?
Boleh, dengan syarat upah simpan keseluruhan bagi barang
gadaian yang ingin ditebus perlu dijelaskan terlebih
dahulu. Baki emas yang belum ditebus akan dinilai semula
dan surat pajakan baru akan dikeluarkan.
Syarat-syarat gadaian dan dokumen yang perlu dibawa?
- · Hadir sendiri
- · Barang kemas / Barang emas sahaja
- · Warganegara Malaysia
- · Berumur 18 tahun dan ke atas;
- · Bawa pengenalan diri MyKad / dokumen yang sah.
Jika barang yang
dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh
menuntut baki tersebut?
Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah
ditolak kos upah dan semua fi / kos yang berkaitan.
Bilakah waktu operasi AR
RAHNU TEKUN?
Mengikut waktu operasi pejabat iaitu Isnin-Khamis: 9.00
pagi sehingga 5.00 petang, Jumaat: 9.00 pagi
sehingga 4.30 petang dan (Sabtu: 10:00am - 3:00
pm).
Bolehkah pelanggan
membuat pajakan baru sekiranya aduan ke atas
kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?
Boleh, tertakluk kepada jumlah terkumpul tidak melebihi
RM100,000 setiap individu.
Apakah jaminan sekuriti
yang boleh AR RAHNU TEKUN tawarkan kepada pelanggan
yang membuat transaksi di sana?
Urusniaga adalah dilaksanakan dengan telus dan di
hadapan pelanggan. Ruang operasi adalah dalam premis dan
pejabat AR RAHNU TEKUN dilengkapi dengan kelengkapan
keselamatan.
Bagi menjamin keselamatan transaksi dan barang yang
disimpan pihak AR RAHNU TEKUN menyediakan :
- · Kawalan keselamatan;
- · Barangan disimpan diinsurankan; dan
- · Standard operasi yang menekankan pematuhan kepada syariah
Sekiranya anda
memerlukan maklumat lanjut berkenaan AR RAHNU TEKUN
, Sila hubungi kami di:
JABATAN PRODUK AR RAHNU TEKUN
No. Tel : +6 03 - 9059 8888
arrahnu@tekun.gov.my